Tuesday, 27 June 2017

Ayam Pandan Thai Istimewa





















Sumber resipi: iresepi.com ~ Che Nom
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam, potong kecil kepada kiub 1.5 inci setiap satu
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1/2-1 sudu besar serbuk cili (boleh ganti dengan 1 sudu besar cili kisar)
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap cair (boleh ganti dengan 1 sudu besar kicap pekat)
sedikit garam
Daun pandan saiz besar secukupnya
Pencucuk gigi secukupnya

Bahan-bahan tumbuk halus:
4-5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2" halia
1 ketul kunyit hidup

Caranya:
Bersihkan ayam toskan seketika.
Gaulkan ayam bersama bahan-bahan tumbuk halus dan juga bahan-bahan lain kecuali daun pandan dan bilah pencucuk gigi.
Perap ayam selama semalaman atau 1/2 jam.
Balut ketulan ayam dengan sehelai daun pandan seperti cara membalut ketupat.
Tidak perlu terlalu rapatdan ada ruang sedikit.
Cucuk dengan bilah pencucuk gigi atau lidi untuk mengelakkan dari daun terbuka.
Goreng di dalam minyak panas sehingga masak.
Angkat dan hidangkan bersama sos cili Thai dan nasi panas.

Tip:
Kicap cair sudah masin rasanya, jadi anda harus berhati-hati jika meletak garam supaya tidak terlebih masin.
Jika tiada kunyit hidup, boleh digantikan dengan serbuk kunyit.
Bahan-bahan pula sekadar anggaran dan anda boleh agak untuk melebihkan atau mengurangkan sesetengah bahan.




















Ayam Pandan Thai Resipi II
Bahan-bahan:
Isi ayam dipotong kecil
Serai * bertanda*diblend
Lengkuas *
Cili boh
Serbuk lada putih
Serbuk ketumbar
Serbuk jintan halus
Sos tiram
Sedikit garam, jika perlu
Minyak sedikit

Daun pandan secukupnya
Minyak menggoreng

Caranya:
Gaulkan semua bahan-bahan diatas pada isi ayam dan perapkan semalaman.
Bungkus dengan daun pandan.
Panaskan minyak dan goreng sehingga ayam masak.
(Kalau isi ayam dipotong kecil jangan masak terlalu lama)


No comments:

Post a Comment