Sumber resipi: norazlitaaziz.blogspot.com
Bahan-bahan:
1 tin Seri Kaya Yeo's Original
250g tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam halus
125gm butter (suhu bilik)
75gm gula halus ~ guna 70gm gula halus
200ml susu segar ~ tiada stok guna santan
3 biji telur Saiz A
1 sudu teh esen vanila
Acuan kaya ball
Piping Bag
Caranya:
Satukan dahulu tepung gandum, baking powder dan garam halus, kemudian diayak. Ketepikan sebentar.
Dalam mixer kita satukan butter bersama gula dan putar dengan speed paling perlahan sehingga gula larut dan adunan sebati.
Bila gula dah larut dan adunan telah sebati, masukkan telur satu persatu sambil terus dipukul.
Tambahkan esen vanila dan terus putar rata.
Masukkan tepung yang telah di ayak berselang seli dengan susu segar/santan sambil di kaup balik rata.
Masukkan adunan ke dalam piping bag untuk mudah dipaipkan nanti.
Masukkan Seri Kay Yeo's Original dalam piping bag untuk tujuan yang sama.
Anda boleh menggunakan acuan membuat kaya ball atau gunakan acuan kuih cara atau acuan bahulu cermai.
Mula-mula panaskan dulu oven pada suhu 170C.
Panaskan sekali acuan dalam oven.
Bila acuan dah panas, sapukan minyak supaya mudah tanggal dan kaya ball tak melekat.
Kemudian paipkan adunan pandan tadi.
Paipkan juga inti Seri Kaya Yeo's Original.
Tutupkan semula dengan adunan.
Bakar dalam oven selama 20 minit atau sehingga kaya ball masak.
No comments:
Post a Comment