Sunday, 18 June 2017

Wantan Berinti Sayuran




















Bahan-bahan inti:
Sengkuang, dicincang
Bawang besar, dicincang
Sayuran campuran
Bawang putih dicincang
Daun bawang sedikit dihiris halus

Garam secukupnya
Sedikit sos tiram
Sedikit lada sulah

Kulit wantan
Air

Minyak menumis
Minyak untuk menggoreng

Caranya:
Masukkan sedikit minyak dikuali, tumiskan bawang besar sehingga layu, masukkan bawang putih, sengkuang dan sayuran campuran, kacau sehingga sebati.
Masukkan garam, sos tiram dan lada sulah, kacau sebati.
Masukkan sedikit air dan masak sehingga sayuran empuk.
Angkat dan sejukkan.
Setelah sejuk bolehlah dibalut dengan kulit wantan.

Bahan-bahan sos, disatukan:
Sedikit minyak bijan
Sedikit kicap cair
Sedikit sos tiram
Garam jika perlu
Gula jika suka
Parutan halia dan bawang putih
Jus limau kasturi sedikit
Bijan yang telah disangai
Air secukupnya

Caranya:
Satukan bahan-bahan diatas kecuali jus kasturi dan bijan, masukkan di kuali dan masak sehingga mendidih. Rasa dulu garam dan gula.
Setelah mendidih padamkan api dan masukkan jus kasturi dan bijan.
Cicah dengan wantan sayuran.








No comments:

Post a Comment