Sunday, 4 June 2017

Seafood Combo



























Bahan-bahan:
Salad, diparut panjang:
Mangga muda
Timun
Lobak
Cili merah

Sos, sebatikan dan simpan di peti sejuk, bila nak menghidangkan gaulkan kesemua bahan-bahan di atas sehingga sebati:
Sos ikan
Air limau kasturi/air lemon
Sedikit minyak zaitun
Garam sedikit
Gula

Sotong Goreng Parmesan Breadcrumbs:
Sotong
Telur putih
Parmesan breadcrumbs secukupnya

Caranya:
Gaulkan sotong dengan putih telur, celup dengan parmesan breadcrumbs.
Goreng sehingga keemasan.
Angkat dan toskan.

Ikan Bilis Segar Berempah:
Ikan Bilis, bersih dan buang tulang
Serbuk rempah kari
Serbuk masala ikan sedikit
Serbuk jintan halus
Hirisan bawang merah
Halia, dicincang
Bawang putih, dicincang
Garam secukupnya
Daun kari
Jus limau kasturi sedikit
Sedikit minyak

Minyak menggoreng

Caranya:
Gaulkan kesemua bahan-bahan dan perapkan selama 4 jam atau sehingga semalaman.
Panaskan minyak.
Goreng sehingga garing.
Angkat dan hidangkan.



No comments:

Post a Comment