Monday, 7 October 2019

Mi Hoon Goreng Kicap





























Bahan-bahan:
Mi Hoon rendam hingga lembut, toskan air
Kacang buncis dihiris
Lobak merah dihiris
Tauhu dipotong kecil
Daun bawang bahagian putih dihiris
Isi daging ayam dicincang
Bawang putih dicincang
Minyak menumis
Air stok / air biasa

Bahan-bahan sos, digaul sebati:
Kicap pekat
Kicap cair
Sos tiram
Sos ikan
Sos Maggi seasonings / serbuk cukup rasa
Sedikit sos tomato
Serbuk lada putih

Telur yang telah disimpan dalam freezer, bila nak digoreng keluarkan, buang kulit dan potong kecil.

Caranya:
Masukkan sedikit minyak dikuali, tumiskan bawang putih dan daun bawang wangi.
Masukkan bahan-bahan sos separuh, simpan separuh lagi.
Masukkan sedikit air, masukkan isi ayam, kacau sebati.
Masukkan Mi Hoon, tauhu, lobak merah dan kacau buncis, kacau sebati.
Masukkan bahan-bahan sos yang lebih tadi, kacau sebati.
Rasa dulu sebelum dimatikan api dan boleh ditabur dengan hirisan cili merah, daun bawang dan bawang goreng.



No comments:

Post a Comment