Friday, 6 July 2012

Cah Kacang Botol

Bahan-bahan:
Kacang botol dibersihkan dan potong menyerong
Bawang merah besar di hiris
Cili merah di hiris memanjang
Garam secukup rasa
Air sedikit
Minyak untuk menumis
Bawang putih dicincang kasar

Caranya:
Panaskan sedikit minyak dikuali, masukkan bawang merah besar dan tumis sehingga layu, masukkan bawang putih cincang dan tumis sehingga wangi.
Masukkan kacang botol, cili merah dan garam secukupnya.  Kacau sebentar dan masukkan air sedikit, dimasak sehingga kacang empuk.
Bolehlah diangkat.

Coklat Chips Famous Amos Cookies



Source: Hana
Resipi: MMamie
Bahan-bahan Diayak:
280gm (2 1/4 cawan) tepung gandum
10gm (asal 3 tsp) serbuk koko 
2 tablespoons tepung jagung
1 teaspoon soda bikarbonate (asal 1/2 tsp)
2 tablespoons susu tepung
Secubit garam (Kim tak letak)

Bahan-bahan lain:
250gm mentega
150gm gula kastor
1/2 tsp esen vanilla
1 biji kuning telur (Kim guna gred C) 
100gm (1/2 cawan) coklat chip
100gm sebarang kekacang seperti walnut, badam, gajus dll yang dicincang atau kismis - optional
(Kim guna 50gm kismis dibelah dua dan 50gm kekacang badam yang siap dipanggang)

Caranya:
Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla sehingga kembang. (Kim tidak menggunakan mixer malas nak kemas nanti, hanya mengguna senduk kayu dan pukul sehingga kembang).
Masukkan kuning telur dan pukul rata.
Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau sehingga sebati dengan spatula atau tangan.
Masukkan coklat chips dan cincangan kekacang dan kismis.  Kacau rata.
Sudukan adunan ke atas dulang pembakar.  Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan.  Susun diatas dulang pembakar.  Perhatian : Jangan letakkan bebola rapat-rapat antara satu sama lain kerna bebola ini akan mengembang dan meleper sewaktu proses pembakaran.
Bakar pada suhu 160C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda.
Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.



Rendang Rempah Baba's



Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam, dibersih dan buang segala lemak dan kulit
1 batang Serai dititik
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
Santan dari 1/2 biji kelapa
Air dari tapisan bahan-bahan blend
Kerisik secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
1/2 paket Rendang Mix Baba's dibancuh dengan sedikit air

Bahan-bahan diblend halus dengan air dan tapiskan:
Cili kering
Bawang merah
Bawang putih
Lengkuas sedikit
Kunyit sedikit 
Halia sedikit
3 batang Serai

Caranya:
Panaskan minyak, masukkan serai titik, daun limau purut dan kunyit, tumiskan sebentar dan masukkan bahan-bahan yang diblend dan tumis sehingga garing dan wangi.  Masukkan rempah rendang mix dan kacau sehingga rata dan sebati.
Masukkan ayam dan kacau sehingga sebati dan ayam bertukar warna.  Masukkan air tapisan blend dan kacau lagi.
Masukkan santan dan biarkan rendidih dan sekali-sekala hendaklah dikacau supaya tidak hangus.
Masukkan garam dan apabila ayam empuk dan hampir kering bolehlah dimasukkan kerisik.  Kacau sehingga sebati dalam 5 minit dan bolehlah diangkat.

Thursday, 5 July 2012

Timun Cah Telur

Bahan-bahan:
1 biji timun dibuang kulit dan dihiris menyerong
1 biji telur
1/2 biji bawang besar dimayang
4 ulas bawang putih dicincang kasar
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Air sedikit

Caranya:
Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang putih sehingga layu, pecahkan sebiji telur di dalam kuali, pastikan bawang putih tidak hangus (kerna bawang putih mudah hangus) dikacau dan masukkan bawang besar lalu ditumis sehingga bawang besar layu.  Masukkan timun dan kacau sehingga sebati, masukkan sedikit air dan garam.  Setelah dimasukkan timun jangan dimasak terlalu lama kerana ingin mendapat kerangupan timun (harap faham ler atau ikut suka cara memasing).

Sotong Inthai


Bahan-bahan:
3 ekor Sotong dibersihkan, buang kulit dan dikelar dibahagian dalam
1 biji tomato dipotong baji
1 biji cili merah di potong serong dan buang biji
1/2 biji bawang besar
Daun bawang dipotong panjang

Bahan-bahan tumis:
4 ulas bawang putih dicincang kasar
Sedikit lengkuas dihiris halus
1 batang serai dihiris dan baki bahagian hujung diketuk
Sedikit halia muda dihiris
Daun limau purut disiat
6 biji cili padi (kepedasan ikut selera)

Minyak untuk menumis
Sos ikan
Sos tiram
Garam jika perlu
Gula sedikit jika suka

Caranya:
Panaskan sedikit minyak untuk menumis.  Masukkan serai, lengkuas, daun limau purut, halia muda, bawang besar, cili padi dan bawang putih, ditumis sehingga harum.  Masukkan cili merah dan tomato dan kacau sehingga sebati kemudian masukkan sos ikan dan sos tiram secukupnya.  Selepas itu bolehlah dimasukkan sotong dan jangan masak terlalu lama nanti sotong akan menjadi liat.  Jika kurang garam bolehlah dimasukkan sedikit garam.  Kacau sehingga sotong sebati bolehlah diangkat dan hidangkan bersama nasi panas. 

Sunday, 1 July 2012

Kacang Panjang Tumis Sos Tiram

Bahan-bahan:
Kacang panjang dipotong ikut suka
Tauhu dipotong kecil & digorengkan sebentar
Bawang besar merah dihiris halus
Sos tiram
Garam jika perlu
Air sedikit
Minyak sedikit untuk menumis

Bahan tumis dicincang halus:
Bawang putih

Caranya.
Panaskan sedikit minyak, masukkan bawang putih dan tumis sehingga wangi.  Masukkan bawang besar dan tumis sehingga bawang layu.  Masukkan sedikit sos tiram dan kacaukan supaya sos tidak hangus.
Masukkan kacang panjang dan dikacau sehingga sebati.
Masukkan tauhu dan air sedikit, dimasak sehingga kacang lembut.
Rasakan garam, jika perlu masukkan sedikit garam.

Ayam Rendang Kunyit


Bahan-bahan:
 Ayam dibersihkan & di potong sedang
Serai dititik
Daun kunyit dicarik 
Kerisik
Garam secukupnya
Santan
Minyak untuk menumis rempah

Bahan-bahan rempah diblend sehingga halus: 
Cili kering
Bawang merah kecil
Bawang putih
Lengkuas
Halia sedikit
1" Kunyit hidup
Serai

Caranya:
Panaskan sedikit minyak untuk menumis serai titik, daun kunyit dan rempah blend.  Tumiskan sehingga rempah garing dan wangi.
Masukkan ayam dan dibalik-balikkan sehingga berubah warna.
Masukkan santan dan dimasak sehingga ayam empuk. Sentiasa dibalik-balikkan supaya rempah tidak hangus. Masukkan garam secukupnya.
Setelah kuah hampir kering masukkan sedikit kerisik.  Dibalik-balikkan sehingga rata dan sebati, bolehlah dipadamkan api.

(Nota : Ada orang suka rendang yang kering dan ada yang suka sedikit berkuah, jadi kepekatan kuah terpulanglah kepada masing-masing ikut citarasa sendiri)