Friday, 29 December 2017
Kuih Kaswi Goyang
Sumber resipi via mat gebu via azlita masam manis
Bahan-bahan:
1 1/3 cawan tepung gandum
1 1/3 cawan tepung ubi kayu
1 cawan hirisan gula melaka (atau boleh guna gula merah timbang)
1 cawan gula pasir ~ guna 3/4 cawan gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul
5 cawan air
1 camca besar kicap pekat (untuk warna)
1 camca teh rata kapur makan (bukan air kapur, tapi kapur makan)
Kelapa parut putih secukupnya
Sedikit garam halus
Caranya:
Masak gula putih, gula melaka (atau gula merah timbang) dan daun pandan dengan 5 cawan air hingga mendidih dan gula larut. Kacau rata dan sejukkan. Kemudian tapis.
Sukat kembali air gula tadi sebanyak 5 cawan. Jika kurang tambah air untuk mencukupkannya. Ketepikan.
Panaskan kukusan. Balut tutup kukus dengan tuala dapur bersih. Lenser tin bulat berukuran 11" dengan sedikit minyak masak. Alas dengan plastik bersih dan sapukan juga sedikit minyak makan pada permukaan plastik tadi. Ketepikan.
Satukan tepung gandum dan tepung ubi kayu dalam mangkuk besar. Kacau rata.
Tuang air gula sedikit demi sedikit hingga habis sambil dikacau hingga sebati.
Masukkan kapur makan dan kicap pekat. Kacau hingga semua rata dan tapis adunan tadi.
Tuangkan ke dalam loyang dan kukus dengan api sederhana selama 1 jam 15 minit atau hingga masak (nak tau kuih masak, boleh cucuk tengah-tengah bahagian kuih dengan lidi sate, jika keluar bersih tanda kuih dah masak).
Jika guna acuan-acuan kecil seperti acuan kuih lompang, masa mengukus kurang lebih 25 minit.
Biarkan kuih betul-betul sejuk sebelum dipotong dan sebelum makan, gaulkan dengan kelapa parut yang ditambah sedikit garam.
Monday, 25 December 2017
Fried Belacan Chicken Wings With Salad
Recipe sourced: Classic Hawkers' Fare From The North by Chef Bryan Ong
Ingredients:
1 kg chicken wings, about 12 pieces
4 cups oil for deep frying
Marinade: A (mixed):
1 tbsp peanut butter
1 tbsp chili boh
40g belacan
2 tsp sugar
Ingredients B:
1 egg, beat
Coated:
1 tsp baking powder
120g corn starch
Garnishing:
Lettuce leaves, cucumber and cherry tomatoes, i served with salad
Method:
Clean chicken wings and drain well, combine with marinade A and marinate for 2 hours, set aside.
Heat up oil for deep frying.
Mix chicken wings with egg, coat with corn starch and baking powder and deep fry at medium heat until golden brown and cooked.
Dish and drain.
Mutton Chukka / Spicy Mutton Dry Fry
Recipe sourced: Fejna Em, 12recipebook.com
Ingredients:
1/2 kg mutton
Ingredients for marinate:
1/4 tsp turmeric powder
1 tbsp vinegar
1 tsp ginger garlic paste
1 tsp chili powder
1 tbsp coriander powder
Salt to taste
1 tbsp oil
2 nos. cardamom
2 nos cloves
1 bay leaf
1 small piece of stick
1 large onion/shallots thinly chopped
1 tbsp ginger garlic crushed
2 nos green chili
1 tsp pepper powder
1/2 tsp fennel powder
3/4 tsp garam masala powder
1 tbsp curd
Salt a little
2 sprigs curry leaves
Method:
Marinate mutton with turmeric, vinegar, ginger garlic paste, chili powder, coriander powder and salt for an hour in fridge.
Pressure cooks it with little water until 3/4 cooked. (No need to add water, but if you wish to add, add only little amount).
Heat oil in another pan, add whole garam masala pieces ie cardamom, cloves, cinnamon, cumin seeds, bay leaf.
Add onion chopped and saute for a minute.
Add ginger garlic crushed and green chili, saute until raw smell goes off.
Add curd and mix well.
Add garam masala powder, pepper powder, fennel powder and salt, mix well.
Add curry leaves and cooked mutton pieces along with its water, if any.
Cooks on high flame until all the water get absorbed and slow cook for another 10 - 15 minutes till the mutton pieces get dried well and gets a dark golden in color, mine is not dark.
Switch off the flame and serve hot with rice or any choice of your roti.
Ayam Stew
Sumber resipi: Azie, aziejaya.blogspot.com via Stew Ayam CaraTengku Puan Pahang
Bahan-bahan:
3 ulas bawang putih
1/2" halia
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 helai daun bay saya tambah
2 - 3 sudu besar tepung gandum
Sedikit kicap (kicap cair)
Sedikit lada hitam ditumbuk kasar
Garam dan Serbuk perasa
1 biji ubi kentang dipotong 4
1 batang karot merah dipotong besar
1 biji bawang besar dipotong 4
Air secukupnya
Minyak menumis dari minyak menggoreng bawang goreng sedikit
Hiasan: bawang goreng, daun sup dan dan bawang
Caranya:
Tumis bahan penumis dan bawang, daun bay, serta halia yang dihiris nipis hingga wangi.
Masukkan tepung gandum dan digoreng dengan api perlahan supaya tepung masak.
Masukkan ayam dan ubi kentang, karot, bawang besar dan dikacau rata.
Masukkan sedikit air, kicap, garam, lada hitam dan serbuk perasa.
Masak sehingga kentang empuk.
Sesuaikan rasa dan kepekatannya.
Tabur daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
Hidangkan panas-panas bersama nasi putih.
Karipap (Air Kapur Sirih)
Sumber resipi: Rasa online September 20,2017 (Terima kasih Rasa, jika dirumah tiada 3 bahan-bahan tepung bolehlah menggunakan air kapur sirih, Saya suka resipi ini, bentuk kelimnya kekal bila sudah digoreng dan tidak berminyak. Saya olah semula sedikit resipi dibawah)
Bahan-bahan:
1 Kg tepung gandum
1 cawan minyak masak
2 sudu makan marjerin (boleh guna mentega, minyak sapi)
350ml air
2 sudu makan air rendaman kapur makan (yang jernih dibahagian permukaan atas)
Garam saya tambah
Caranya:
Panaskan minyak bersama marjerin. Kemudian tuangkan ke dalam tepung dan uli dengan menggunakan sudip kayu.
Jangan uli dengan tangan kerana tepung sedang panas.
Gaulkan tepung hingga menjadi seperti serbuk roti.
Kemudian masukkan air dan garam bersama kacau dan air kapur. Uli hingga menjadi licin dan sebati sudah mencukupi.
Setelah siap diuli, masukkan ke dalam plastik atau mangkuk besar. Tutup dengan plastik/kain kalau menggunakan mangkuk, supaya tidak terkena angin.
Perapkan selama 4 jam. Tujuan doh diperap supaya ia lembut dan berminyak sedikit.
Akhir sekali, doh bolehlah dicanai dan dimasukkan inti.
Kelim dengan kemas dan goreng sehingga garing.
Jika nak buat frozen, cukup sekadar goreng karipap separuh masak, kemudian bekukan.
Sunday, 3 December 2017
Coklat Cornflakes cookies
Sumber resipi:secubitgaramnor67.com, sedikit olahan semula
Bahan-bahan:
1 kotak besar cornflakes (325gm)
1 sudu besar madu (guna susu pekat)
5 sudu besar mentega/margerine
1 sudu besar gula (guna 1 sudu teh)
450g cooking chocolate
3 sudu besar crunchy peanut butter
50g cocoa butter
secubit garam
Papercup kecil secukupnya
Caranya:
Panaskan mentega dalam kuali sehingga cair.
Masukkan gula, madu (susu pekat) dan peanut butter.
Kacau sehingga gula larut.
Masukkan cooking chocolate yang telah dipotong kecil supaya senang cair.
Bila kesemua bahan telah cair, masukkan cocoa butter, padamkan api dan kacau sehingga cair dan masukkan cornflakes.
Gaul sehingga sebati.
Alihkan ke dalam bekas lain dan terus isikan ke dalam paper cup.
Jika suka bolehlah di tabur manik hiasan.
Tips:
Cookies ini tak perlu dipanaskan dalam oven semula. Kalau dipanaskan coklat yang membaluti cornflakes itu akan cair dan mendap ke bawah paper cup.
Ini akan menjadikan ia tak melekat antara satu sama lain.
Jika coklat sudah sejuk payah nak melekat antara satu.
Bolehlah dipanaskan balik sekejap balance yang belum diisikan ke dalam paper cup (dengan api perlahan) lepas tu cepat-cepat isiskan ke dalam paper cup.
Cocoa butter biasanya digunakan dalam pembuatan Almond London cookies atua biskut yang nak celup dengan coklat.
Takoyaki
Sumber resipi; Majalah Rasa
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
3 sudu makan tepung jagung
4 biji telur
4 cawan air
2 sudu teh serbuk dashi @ serbuk pati ikan bilis
1 sudu teh garam
2 cawan kubis cincang
Jejari ketam atau sosej, secukupnya dipotong kecil
Minyak untuk mengoles acuan
Bahan sos takoyaki:
1 cawan sos tomato
3/4 cawan kicap cair
1/2 cawan gula
1/4 cawan air asam jawa
2 cm halia, ditumbuk halus
1 ulas bawang putih ditumbuk halus
Bahan sampingan:
Mayonis secukupnya
Bonito flakes secukupnya
Caranya:
Bancuh tepung gandum bersama tepung jagung, telur dan serbuk dashi dan garam hingga sebati dan tidak berketul.
Oleskan minyak pada kuali takoyaki dan panaskan acuan.
Isikan bancuhan tepung hingga separuh acuan.
Letakkan hirisan jejari ketam atau sosej.
Kemudian taburkan kubis cincang.
Isikan bancuhan tepung tadi hingga memenuhi acuan.
Bentukkan takoyaki menjadi bentuk bulat dan masak hingga garing.
Untuk sos:
Satukan semua bahan di dalam periuk. Masak menggunakan api sederhana hingga pekat.
Angkat dan sejukkan.
Untuk menyediakan takoyaki:
Susun bebola takoyaki di dalam pinggan.
Kemudian tuangkan sos takoyaki, paipkan mayonis dan taburkan bonito flakes.
Hidangkan.
Brownies Cream Cheese
Sumber resipi: dapurmiranti.blogspot.com
Bahan-bahan Brownies:
85g butter potong dadu kecil
115g coklat masak pekat
120g gula pasir (guna 100g)
2 biji telur saiz besar
70g tepung gandum
10g serbuk coklat
Caranya:
Panaskan oven 180C.
Siapkan loyang 18 x 18 x 4cm atau 20 x 20 x 4cm, sapu dengan margarine dan alas dengan kertas baking hingga ke bahagian hujung, ketepikan.
Cairkan butter dan coklat masak pekat dengan menggunakan api kecil, kacau perlahan hingga cair keseluruhannya. Angkat dari api.
Masukkan 100g gula dan telur hingga tercampur dan warna menjadi putih.
Campur dan ayak tepung gandum bersama serbuk coklat. Kacau rata.
Masukkan larutan coklat yang telah dicairkan. Kacau rata.
Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar sehingga masak.
Cream Cheese:
250g cream cheese
200g krim pekat (whipping cream)
75g gula icing (guna 30g)
100g white cooking chocolate, cairkan
2 sudu besar serbuk gelatin, dilarutkan dengan 5 sudu besar air panas
Caranya:
Pukul cream cheese hingga lembut, masukkan gula icing, pukul sebati.
Masukkan coklat putih yang dicair dan gelatin, kacau sebati.
Masukkan sedikit demi sedikit krim pekat dan terus kacau dengan perlahan.
Penyelesaian.
Tuang adunan cream cheese ke atas kek brownies yang telah sejuk.
Simpan di peti sejuk dalam 1/2 hari.
Passion Fruits Chiffon Cake
Recipe sourced: sugareverythingnice.blogspot.com by Jo
Ingredients:
4 egg yolks
40g sugar i used 30g castor sugar
45g canola oil
65g passion fruits pulp (including the seeds about 2 to 3 fruits)
20g water
1 tsp lime zest
1 tsp lime juice
100g cake flour or substitute cake flour with 90g plain flour and 10g corn flour
1/2 tsp baking powder
4 egg whites
40g sugar i used 30g castor sugar
1/8 tsp cream of tartar
Method:
In a bowl, sift together the flour and baking powder.
Whisk together egg yolks and 30g sugar until pale in colour.
Gradually add in oil, passion fruits pulp, lime zest, lime juice and water, whisking them all until combined.
Add all the sifted flour and baking powder. Whisk until the mixture becomes a thick batter.
This should take no more than a minute.
Place the egg whites into a clean metal bow. Using a mixer, beat the egg whites until frothy.
Add in the cream of tartar, whisk for a minute before gradually adding in the 30g of sugar.
Continue to beat until stiff peaks are formed.
Gently fold in egg whites mixture into egg yolks batter in 3 separate additions until well combined.
Pour batter into a 9"/22cm chiffon tube pan.
Bake in pre-heated oven at 175C for 40 - 45 minutes.
Invert pan immediately to cool completely before unmold.
Ham & Cheese Fried Puffs
Recipe sourced: YumYum Magazine
Ingredients A:
60g butter
160g water
1/2 tsp salt
Ingredient B:
120g high protein flour
Ingredients C:
2 eggs, beaten
60g ham, chopped and pan-fried
One red chili padi, diced
50g green capsicum (deseeded, finely shredded)
50g cheddar cheese, grated
Method:
Heat a pot over medium heat, add in ingredients (A), keep on stirring till it bubbles (do not bring it to a boil).
Add in ingredient B, stir together very briskly till a dough is formed.
Cool the above, add in ingredients C and combine well.
Clingwrap and keep chilled for 30 minutes to make it firm.
Divide the above into equal small part.
Shape into rounds. Deep fry in hot oil till golden colour.
Remove, drain of oil, serve hot
Monday, 27 November 2017
Ikan Goreng Bersos Daun Limau Purut
Bahan-bahan:
1/4 cawan tepung gandum
Caranya untuk ikan:
Bersihkan ikan dan keringkan:
Salut dengan tepung tanpa air dan goreng hingga keemasan
Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut keatasnya
Taburkan daun limau purut yang telah di goreng atas ikan
2 helai daun limau purut hiris halus dan digoreng garing, toskan
Minyak untuk menggoreng Ikan dan menumis sos
Bahan-bahan untuk sos:
5 ulas bawang putih dicincang
3 ulas bawang putih dicincang
5 biji cili padi hijau dicincang
5 biji cili padi merah dicincang
3 helai daun limau purut dihiris halus
3 sudu besar sos tiram
1/4 cawan cuka
3 sudu besar sos ikan
2 - 3 sudu besar gula
Garam secukup rasa
1/2 cawan stok ayam ~ guna air biasa + 1/2 kiub stok ayam
1 sudu kecil tepung jagung bancuh dengan sedikit air
Caranya (untuk sos):
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
Masukkan kesemua bahan-bahan sos lain kecuali bancuhan tepung jagung.
Masak hingga mendidih.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat.
Tuangkan atas ikan dan tabur dengan daun limau purut yang dah digoreng.
Hidangkan masih panas bersama nasi putih.
Sunday, 26 November 2017
Kulit Tauhu Bersumbat Ayam dan Kentang
Bahan-bahan:
Kulit tauhu
Sedikit tepung untuk salutan
Sedikit gam tepung
Bahan-bahan Inti, disatukan dan gaul sebati:
1 biji Ubi kentang direbus empuk, lenyek
Serbuk lada putih
Garam
Sedikit minyak bijan
1 biji cili merah masak
1 labu bawang besar dicincang
1 ulas bawang putih dicincang
Sedikit daun bawang dicincang
Sedikit daun ketumbar dicincang
Minyak menggoreng
Caranya:
Panaskan minyak.
Ambil 1 keping kulit tauhu, dan 1 sudu besar inti, gulung dengan kemas.
Masukkan kedalam minyak panas.
Goreng sehingga kekuningan, angkat dan toskan minyak
Hidangkan dengan sos cili Thai.
Terung Cah Belacan Daun Kari
Bahan-bahan:
Terung potong dan goreng ketepikan
Rempah tumis:
Sedikit udang kering tumbuk kasar
Rempah tumis, tumbuk hingga halus:
2 biji cili merah masak
3 ulas bawang merah kecil
1 ulas bawang putih
Sedikit daun kari
Sedikit belacan
Minyak menggoreng dan menumis
Sedikit kicap manis
Sediki kicap pekat
Garam jika perlu
Caranya:
Ambil sedikit minyak dari menggoreng terung.
Masukkan udang kering, kacau sehingga wangi.
Masukkan bahan-bahan tumbuk dan tumis hingga pecah minyak dan garing.
Masukkan kicap manis dan sedikit kicap pekat, kacau sebati.
Masukkan terung dibalikkan sebentar, rasa dulu baru dibubuh dalam pinggan.
Sotong Goreng Rangup
Bahan-bahan:
Sotong, bersihkan, toskan air dan lap hingga kering
Tepung goreng crispy
Sedikit telur, dipukul
Minyak menggoreng terendam
Lemon and seasoning peppers
Caranya:
Panaskan minyak untuk menggoreng sotong.
Sotong yang telah dilap kering digaulkan dengan telur (jangan diperap nanti berair).
Celupkan sotong pada tepung goreng crispy.
Masukkan ke dalam minyak panas dan goreng sehingga kekuningan angkat (jangan terlalu lam nanti sotong liat).
Sebelum dihidangkan gaul sebati dengan lemon and seasoning peppers.
Sunday, 19 November 2017
Ayam Goreng Cili Bunga Kantan
Bahan-bahan:
500g isi dada ayam, dihiris kecil, bersih dan toskan
2 batang bunga kantan, dihiris
1 biji bawang besar, dipotong dadu
3 ulas bawang putih, dicincang halus
3cm halia muda, dihiris halus
8 biji cili padi, dihiris halus
Garam secukup
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
Caranya:
Gaulkan ayam dengan sedikit garam, serbuk kunyit dan lada sulah.
Perapkan selama 10 minit.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam hingga masak. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga naik bau.
Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng, hirisan bunga kantan dan cili padi.
Perasakan dengan garam, gula dan perisa secukupnya, kacau rata.
Tutup api, hidangkan panas-panas.
Sunday, 12 November 2017
Taiwanese Salt & Peppers Chicken
Recipe sourced: chinasichuanfood.com
Ingredients:2 boneless chicken thigh (around 320g)
2/3 cup sweet potato starch (or you can use other starch to replace it)
1 small bunch of basil leaves
oil for deep drying
Marinade:
1 and 1/2 tbsp light soy sauce
1 tbsp bee (i replace with club soda)
1/8 tsp chinese five spice powder
3 garlic cloves, finely grinded
1 egg (small size)
1 tsp white pepper
1 tbsp sugar
2 tsp salt
Mixed seasoning powder:
1 tbsp white pepper
1/2 tsp chinese five spice
2 tsp salt
1/4 tsp curry powder
Method:
Clean fresh basil leaves and drain completely with kitchen paper.
Mix all the marinade ingredients with chicken meat.
Combine well and set aside in fridge for 30 minutes to 1 hour.
Add half of the flour and mix well.
Heat up oil to 170C.
Place the remaining flour in a plate and coat each chicken piece with a thin layer of flour.
Slow the heat to medium heat and fry the chicken pieces for 2 to 3 minutes until golden brown.
Transfer out and cool down slightly around 2 to 3 minutes.
Reheat the oil around 150C and then add basil leaves in.
And then continue heating the oil until really hot, return the fried chicken pieces to fry for around 1/2 minute.
To make mixed seasonings:
Mix the ingredients together and toast in a dry fry pan over low medium heat until fragrant.
Sprinkle the seasonings and serve immediately.
Subscribe to:
Posts (Atom)