Sunday, 23 May 2021

Sambal Hotdogs






Resepi by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
4 batang hotdogs potong kecil, goreng dan toskan minyak
1 keping asam keping
Garam
Gula perang
Mushrooms seasonings 
Air sedikit
2 sdb pes bawang putih+halia
8 biji cili kering
1 biji cili padi
6 ulas bawang merah
Minyak menumis

Caranya:
Cuci cili kering dan rebus sehingga lembut. 
Toskan kering airnya. 
Masukkan dikuali bersama bawang merah yang diracik kasar. Sangai sebentar sampai bawang layu, nak letak 1 sdt minyak pun boleh. 
Dah sejuk, blendkan sehingga halus. 
Panaskan minyak dikuali, masukkan bahan blend tumis sehingga cili garing dan masak. 
Masukkan pes bawang putih+halia, kacau sehingga bau mentah hilang. 
Masukkan sedikit air, kacau lagi. 
Masukkan gula perang secukupnya, kacau sehingga gula larut. 
Tambahkan lagi air sedikit, kacau lagi
Masukkan air keping, kacau dan Tambahkan air lagi sedikit. 
Bila dah sebati semua, masukkan hotdogs, garam dan mushrooms seasonings. 
Kacau sebati sehingga rata, rasa dulu. 
Bolehlah di hidangkan. 
Tips: pastikan mengguna api dapur yang kecil semasa menumis. Menumis sambal perlu mengambil masa yang lama sikit, barulah sambal ada umph.... 






Tuesday, 18 May 2021

Bubur Sagu Santan






Resepi by:Puan Nur Aqilah Jufri via rasa.my
Recooked by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
Sagu, guna 1/3 cawan untuk seorang
Pewarna, jika suka
1 tin susu cair / santan segar / susu segar
2 sdm gula merah
1 ketul gula melaka
1 helai daun pandan
Secubit garam
1/2 tin air
Jagung manis jika suka


Kalau guna gula merah sagu tidak perlu diwarnakan. 

Caranya:
Didihkan air dalam periuk sehingga mengelegak. 
Bila nak dimasukkan dalam air mendidih baru dibasuhkan sagu supaya tidak pecah. 
Masak hingga sagu kembang dan jernih. 
Ceduk sagu dengan penapis dan lalu kan dibawah air bagi membuang lebihan kanji. 
Masukkan kedalam bekas berisi air bersih. Ia penting untuk elak sagu dari melekat. 
Ceduk sagu dan masukkan kedalam bekas, jumlah bekas bergantung pada bilangan warna yang nak diwarnakan. 
Letak pewarna dan kacau sebati, biarkan selama 20 minit. 
Ambil sagu yang diwarnakan tadi, cuci sekali lagi dibawah air mengalir bagi menghilang lebihan warna serta elak susu dari bertukar warna. 
Untuk menyedihkan kuahnya:
Masukkan susu cair, air, gula merah, gula melaka, daun pandan, jagung dan garam kedalam periuk. Masak seketika. 
Sudukan sagu kedalam bekas penghidang dan tuangkan kuahnya. 

Tips:
Pastikan air betul-betul mengelegak baru dimasukkan sagu. 
Jika tidak nanti sagu akan hancur dan larut. 
Elak basuh sagu awal, tunggu bila air mengelegak baru di basuh. 
Kacau sagu setiap 5 minit bagi mengelak sagu dari berketul. 
Apabila sagu sudah jernih, cuci dibawah air mengalir dan masukkan kedalam bekas berisi air supaya tidak melekat. 
Selepas diwarnakan biarkan sagilu dalam 20 minit supaya warna melekat dan cuci kembali sagu selepas itu supaya kuah susu tidak berwarna. 
Pastikan penapis dicuci selepas tos sagu. Jika tidak sagu yang diwarnakan akan melekat pada penapis. 









Monday, 17 May 2021

Tom Yum Pok Tek






Resepi by:Puan Syikin Shahrir via kongsiresepi.my 
Recooked by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan untuk pes Pok Tek Kaw:
Sedikit minyak menumis
5 ulas bawang putih, hiris
1 biji bawang Holland, dikisar halus
1 biji bawang Holland, dihiris
1" lengkuas, diketuk
2 batang serai, diketuk
2 ~ 4 daun limau purut
1 biji tomato, dipotong baji
1 biji limau nipis, ambil jusnya
5 biji cili padi
Sedikit daun ketumbar
1 batang lobak merah
10 keping cendawan tiram
4 sdb pes Tom Yum, jenama ori Thai
1/2 kotak santan Kara

Bahan-bahan untuk lauk:
1 ekor ikan siakap
1 ekor sotong
Boleh tambah udang atau lala

Caranya:
Mula-mula sekali goreng ikan separuh masak. 
Kemudian rebus seafood, masukkan air paras seafood saja. Jangan rebus lama sangat, nanti liat seafood. 
Bila dah mendidih terus padam api. Air rebusan jangan dibuang akan diguna untuk kuah nanti. 
Panaskan minyak menumis, tumis bawang putih dan bawang kisar, tumis hingga naik bau dan garing. 
Ramaskan daun limau purut dan masukkan serai, lengkuas dan bawang Holland baji. 
Bila dah wangi masukkan tomato, cili padi dan pes Tom Yum. 
Masak sampai naik minyak. 
Dah naik minyak, masukkan air rebusan seafood tadi. 
Biarkan mendidih seketika. 
Masukkan lobak merah, tunggu hingga lobak sedikit lembut, baru dimasukkan ikan goreng, sotong, udang dan lala. 
Perah limau nipis supaya dapat sebatikan rasa. 
Kemudian masukkan cendawan tiram dan santan. Kacau sentiasa supaya santan tidak berketul. 
Cendawan dah sedikit lembut, masukkan daun ketumbar. 
Boleh perasakan dengan garam jika perlu. Saya hanya titis kan setitik sos ikan kerana dah cukup rasa. 
Bolehlah di tutup api dan hidangkan hangat. 




Kobis Lobak Cah Berempah





Resepi by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
Sedikit kobis hiris
1 batang lobak merah hiris 
Daun kari
1 biji cili merah hiris
6 biji tomato ceri potong 4
1/2 biji bawang besar hiris
1 ulas bawang putih hiris
1 sdt pes bawang putih+halia
A sdt biji rempah campuran, nak guna biji sawi saja pun boleh
Sedikit serbuk kunyit
Perisa 
Garam
Air sedikit

Caranya:
Sangai rempah sayuran dulu, baru dimasukkan minyak, kacau hingga minyak panas, pastikan api kecil nanti pahit rempah. 
Masukkan bawang besar, kacau hingga layu. 
Masukkan pes bawang putih+halia, kacau. 
Masukkan daun kari kacau hingga wangi. 
Masukkan tomato dan cili merah, kacau sehingga tomato layu. 
Jika kering, masukkan sedikit air. 
Masukkan lobak merah dan kobis, kacau sehingga empuk. 
Masukkan perisa dan garam, kacau rata. 
Sedia di hidangkan dengan nasi putih. 




Thursday, 6 May 2021

Butter Tempe & Ikan Bilis





 Resepi by:@kim_kimberly1509 

Bahan-bahan:
1 keping tempe dipotong dan goreng
Sedikit ikan bilis, diperap dengan sedikit jus limau, gaul sebati dan goreng
3 biji cili padi merah
1 ulas bawang putih cincang halus
1/2" halia cincang halus
Daun kari
Mushrooms seasonings 

Goreng tempe dan ikan bilis berasingan sehingga garing, angkat dan toskan minyak, ketepikan. 

Bahan floss telur kuning:
1 biji telur boleh guna 3 biji telur kuning 
Butter dalam +/- 8 sdb

Cara untuk floss kuning telur:
Masukkan butter dalam +/- 4 ~ 8 sdb kedalam kuali, cairkan. 
Sambil sentiasa dikacau dengan cepat, tuangkan kuning telur paras tinggi. Dengan menggunakan tangan yang sebelah lagi dikacau laju. 
Kacau dengan cepat. 
Bila dah menjadi floss, matikan api. 
Toskan minyak kemudian letak atas tisu supaya minyak menyerap. 
Guna lebihan mentega tadi,  kalau banyak keluarkan minyak mentega. 
Masukkan daun kari, bawang putih, halia, cili padi dan tumis sehingga wangi. 
Masukkan mushrooms seasonings, tak perlu dimasukkan garam. 
Masukkan kesemua bahan-bahan yang sudah digoreng tadi, gaulkan rata dengan separuh eggs floss dan separuh lagi ditabur. 
Hidangkan




Ikan Bawal Buttermilk



Resepi by:@kualihelena 
Diolah by:@kim_kimberly1509 
Bahan asal guna ayam saya gantikan dengan ikan, sebab tak suka udang. 
Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal putih, kelar dan gaul dengan serbuk rempah kari ikan
1/3 cawan susu cair/fresh milk
1 ulas bawang putih cincang
1" halia cincang
3 biji cili padi merah
1/2 biji bawang holland hiris
3 sdb mentega
1 keping cheesedale, boleh juga guna tepung jagung untuk memekatkan, tapi saya sarankan guna cheesedale licin pinggan dijilat sekali🤭
1/4 sdt serbuk kari ikan
Daun kari
Serbuk lada hitam kisar kasar
Perisa
Garam saya tak masuk sebab cheese dah cukup rasa

Caranya:
Panaskan ikan dan goreng ikan sehingga masak/garing, ketepikan. 
Gunakan kuali menggoreng ikan tadi dan Keluarkan minyak ikan. 
Cairkan mentega, masukkan bawang holland, kacau. 
Masukkan bawang putih dan halia, kacau lagi. 
Kemudian masukkan rempah kari, daun kari dan cili padi, kacau sehingga rempah dan cili masak. 
Masukkan susu, perisa dan serbuk lada hitam, kacau rata. 
Masukkan cheesedale, kacau hingga cair. 
Padamkan api, tuang sos buttermilk atas ikan. 
Hidangkan panas-panas bersama nasi putih. 





Wednesday, 5 May 2021

Nenas Popcorns Dan Saba Mayonis Dip




Resepi by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
1 tin Nenas dalam tin, toskan airnya, boleh juga mengguna Nenas segar dan dipotong kecil 
Tepung perisa, saya mengguna tepung salt & garlic, boleh guna apa saja perisa
Tepung jagung
Sedikit cornmeals, jika ada
Cili flakes

Caranya:
Toskan air sirap nenas sehingga kering. 
Kemudian buang air sirap atau boleh di simpan untuk kegunaan lain. 
Taburkan tepung perisa, tepung jagung dan cornmeals pada nenas. 
Gaul sebati secara perlahan-lahan, sehingga tersalut tepung pada nenas. 
Simpan dalam peti sejuk sebentar +/- 30 minit. 
Lepas di keluarkan dari peti sejuk, tabur lagi tepung jagung sedikit, gaul perlahan. 
Panaskan minyak dikuali. 
Masukkan nenas popcorns, goreng sehingga keperangan. 
Angkat dan toskan minyak. 
Cicah dengan sos Saba Mayonis Dip. 

Sos Saba Mayonis Dip
Resepi asal: Saba Cream Cheese Spread
Diolah semula:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
1 tin Ayam Brand Saba in olive oil, nak guna minyak pun boleh atau toskan minyak, hancurkan dengan garpu
Secukup Kewpie Japanese Mayonis
1 sdt daun kucai dihiris halus
2 ulas bawang merah kecil dicincang halus
Jika suka boleh dimasukkan 3 biji cili padi dicincang
Parutan kulit lemon dari 1 biji lemon
1/2 biji lemon, ambil jus
Serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam kasar
Garam secukup rasa

Caranya:
Masukkan Saba In Olive Oil kedalam mangkuk, hancur dengan garpu. 
Masukkan kucai, bawang merah, kulit lemon, jus lemon, lada sulah, lada hitam, mayonis dan garam sedikit, kacau sebati. 
Rasa dulu, kalau dah cukup perisa dan perasa bolehlah di simpan di peti sejuk dulu. 
Bila nak makan keluarkan dari peti sejuk dan hidangkan dengan nenas popcorns. 





Monday, 3 May 2021

Peria /Kambas Cah Ikan Masin





Resepi by:@kim_kimberly1509
Bahan-bahan:
1/2 biji peria potong halus, rendam dengan air garam kemudian di bilas, supaya hilang rasa pahit 
Ikan masin, cuci dipaip saja
1 ulas bawang putih, cincang
1 sdt serbuk cili kisar kasar
Secubit mushrooms seasonings 
Garam tak perlu dimasukkan

Caranya: 
Panaskan minyak dikuali.
Masukkan ikan masin, goreng sehingga garing. 
Masukkan bawang putih, kacau dan masukkan serbuk cili, kacau sehingga serbuk cili masak.
Masukkan peria, kacau rata.
Masukkan sedikit air dan mushrooms seasonings, kacau sehingga sayur empuk. 
Rasa sebelum di hidang. 



Seabass With Lemongrass & Tamarind Sauce





Resepi by: Chef Phol Tantasathien via Asian Food Network 
Recooked by:@kim_kimberly1509 
Ingredients:
500gm seabass (fillets) 
3 tbsp tapioca starch for fish fillets
3 tbsp tapioca starch for lemongrass 
Vegetable oil for deep frying
60gm roasted cashew nuts
4 pcs shallot, sliced and fried
4 stalks lemongrass 
7 pcs small dried chili, fried
5 kaffir leaves, fried
1" ginger sliced thinly

Ingredients for sauce:
3 tbsp tamarind paste
4 tbsp palm sugar
2 tbsp fish sauce

Method:
Using a pestle or rolling pin to soften up the lemongrass and tear them into shreds. 
Then coat with 3 tbsp of tapioca starch, set aside. 
Coat bite size fish fillets with 3 tbsp of tapioca starch, set aside. 
Heat the oil in a pan at 150°C.
Fry separately the dried chilis, kaffir lime leaves, shallots, ginger unril crispy, set aside. 
Fry separately the fish and lemongrass until crispy and light brown, set aside. 
Heat a pan, cook the tamarind paste, sugar and fish sauce until syrupy. 
Turn off the heat. 
Use half portion of fried lemongrass, fried shallots, roasted cashew nuts, chop them up together and add to the sauce along with the fried fish. 
Toss well. 
Serve on the plate by laying the other half fried lemongrass as a base for the fried fish. 
Sprinkle with a fried chilis, roasted cashew nuts and fried kaffir lime leaves. 


Sunday, 2 May 2021

Figo Plain Mantou & Jejari Ketam Bercili





Resepi by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan Mantou:
1 bungkus Figo Plain Mantou
1/2 ~ 1 cawan margerine
1/4 cawan minyak sayur

Cara menggoreng Mantou:
Cairkan margerine dan minyak sayur. 
Kemudian Panaskan minyak. 
Masukkan Mantou dan goreng sehingga kecoklatan. 
Jika suka boleh diglis dengan margerine cair selepas diangkat.

Bahan-bahan Cicah Mantou:
5 batang Jejari Ketam hiris
1 biji telur dikocok
Daun bawang hiris halus
2 sdb sos cili
1 sdb ketchup 
Sedikit perisa, garam tak perlu

Bahan-bahan kisar/tumbuk halus:
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1" halia
1 sdb cili boh, ikut suka

Cara memasak Jejari Ketam Bercili:
Panaskan minyak. 
Tumiskan Bahan kisar sehingga layu. 
Masukkan cili boh dan tumis sehingga cili masak. 
Masukkan jejari ketam, kacau. 
Masukkan sedikit air dan kacau sehingga jejari ketam terurai. 
Masukkan perisa, tambah air sedikit jika kurang. 
Masukkan sos cili, ketchup, kacau sebati. 
Masukkan telur dan kacau dengan cepat sehingga telur masak. 
Kepekatan ikut selera, nak cair Tambahkan sedikit air, jangan masuk banyak air. 
Cicah dengan Mantou semasa masih panas. 




Telur Dadar Ikan Masin






Resepi by: @kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
2 biji telur
1 biji jus limau nipis
1 ulas bawang putih cincang halus
Sedikit daun bawang dihiris
1/2 keping ikan masin bilas dipaip air
1 sdt cili kisar kasar
Secubit perisa

Caranya:
Kocok telur dengan jus limau nipis sehingga kembang. 
Panaskan secukup minyak dikuali non stick. 
Masukkan ikan masin goreng sehingga garing. 
Masukkan bawang putih dan cili kisar, kacau sehingga layu dan cili masak. 
Masukkan daun bawang dan perisa, kacau rata. 
Tuangkan telur dan dadarkan, guna api yang kecil supaya telur masak sekata. 
Bila permukaan dah masak baru dibalikkan telur. 
Hidangkan bersama bubur atau nasi putih, nasi lemak pun sedap jugak. 


Ayam Limau Purut






Resepi by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
1 keping ayam potong kecil
1 batang serai diketuk
2 helai daun limau purut
1 biji tomato dicincang
Garam
Perisa
Gula Jawa atau gula Melaka, jangan guna gula perang
Minyak mwnumis
Air secukupnya

Bahan-bahan dikisar kasar:
3 biji cili hijau
2 biji cilimerah
6 biji cili padi hijau
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1 hiris lengkuas
4 helai daun limau purut
4 batang daun ketumbar
1" halia

Caranya:
Blenh kesemua bahan-bahan rempah dan tapiskan air. Tos dan simpan air kisaran rempah untuk diguna nanti. 
Panaskan secukup minyak. 
Masukkan rempah yang dikisar tumis sehingga garing dan masak. 
Masukkan serai ketuk, daun limau purut dan tomato. 
Kacau sehingga tomato hancur. 
Masukkan ayam dan air kisaran rempah tadi. 
Tutup kuali supaya ayam cepat empuk. 
Masukkan garam, perisa dan gula jawa. 
Masak sehingga ayam empuk dan rempah bukan kering tapi lembab. 
Angkat dan taburkan hirisan daun ketumbar. 

Nota: Jika suka ayam boleh digoreng separuh masak. Tapi saya tak suka sebab guna minyak yang banyak.