Tuesday, 28 September 2021

Chicken Cornish Giant





Resepi by:Puan Tahrunnisah Jali 
Rebaked by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan untuk kulit/doh pastri:
350gm tepung gandum
30gm tepung beras
1/2 cawan air sejuk, saya tidak habiskan bergantung pada lama mana tepung digunakan
200gm butter sejuk, kalau guna unsalted bubuh garam

Bahan-bahan untuk inti:
4 biji ubi kentang, potong dadu
1 batang lobak merah, potong dadu
2 biji bawang besar, potong dadu 
3 ulas bawang putih, potong dadu
1/2 sudu besar serbuk pati ayam
1 tangkai daun kari
3 sudu besar serbuk kari ayam
1 sudu besar serbuk cili
Garam, gula
2~3 tangkai daun sup racik halus
Dada ayam rebus dan carikkan, guna lebihan ayam panggang
Telur rebus dibelah

Bahan-bahan Glis, gaul bersama hingga sebati:
1 biji kuning telur pukul ringan
1 titis pewarna kuning, jika suka
Daun oregano kering

Cara membuat kulit:
Gaul sebati dulu tepung beras, tepung gandum, jika guna garam boleh dimasukkan. Masukkan butter dan guna hujung jari dijadikan serbuk roti.
Masukkan air sejuk  yang betul-betul sejuk, boleh guna ais, sedikit demi sedikit. Uli sehingga tidak melekat di tangan. 
Perap doh pastri selama 30 minit, simpan di peti sejuk. 
Kemudian keluarkan bahagikan kepada bahagian yang kecil anggaran 100 ~ 150gm. 
Canaikan menjadi adunan yang tebal juga tidak terlalu nipis. 
Guna acuan yang besar untuk ditekap. 
Cucuk sedikit dengan garpu atas permukaan doh sebelum dimasukkan inti dan telur. Kelimkan atau guna garpu untuk menutup tepi bahagian doh. 
Sapukan glis, saya cucuk lagi dengan garpu selepas diglis. 
Panaskan oven pada suhu 200°C dengan mengguna api atas dan bawah. 
Bakar lebih kurang 30 minit atau hingga kekuningan. 
Saya guna air fryer dengan suhu 200°C sehingga kekuningan. 

Cara memasak inti:
Tumis bawang putih dan bawang merah dengan sedikit minyak. 
Masukkan daun kari, serbuk kari dan cili. 
Tumis sampai naik minyak dan berbau wangi. 
Masukkan serbuk pati ayam dan garam, gaul seketika. 
Masukkan ubi kentang, gaul sebati. 
Masak sehingga setengah empuk, masukkan ayam dan lobak merah. 
Kacau sehingga kering, masukkan daun sup, kacau lagi hingga rata. 
Dah siap, sejukkan dulu sebelum di bungkus atas doh pastri. 








Thursday, 23 September 2021

Ayam Tandoori Panggang





Resepi by: via bawang channel Puan Nurul Joe & Puan Fatimah Saari 
Recooked by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk jintan manis 

2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar margerine, guna minyak sapi
2 sudu kecil garam, tak letak

3 biji bawang besar
10 ulas bawang putih
2" halia
3 biji buah pelaga
Daun ketumbar, tak ada guna akar ketumbar

1 biji lemon ambil jusnya
1 cawan Greek yogurt / plain yogurt
Pewarna merah, tak letak

Caranya:
Campurkan kesemua bahan-bahan diatas dan kisar halus. 
Gaul dengan ayam, kalau guna seekor ayam belah 4 dan kelarkan. 
Perap selama 5 jam atau semalaman dengan aluminium foil. 
Bakar dalam loyang tanpa aluminium foil dengan suhu 180°C selama 1 jam atau sehingga masak. 
Kalau nak goreng pun boleh. 

Saya goreng dikuali dengan minyak sedikit, pastikan ayam dikelar supaya masak. Api dapur harus dikawal supaya tidak hangus, guna api yang kecil supaya rempah tidak mudah hangus. 









Lychee Rose Cake




Nombor 1, 6 dan 8 gabungan Hari Jadi yang bertuah pada

Jack 1hb Sep
Joanne 6hb Sep
Kakak saya Shirley 8hb Sep

Semoga sihat, dimurahi rezeki dan sentiasa gembira. 

Jagung Susu Cheese







Resepi by:resepicitarasawan.blogspot @ kakwan
Recooked by:@kim_kimberly1509

Bahan-bahan:
3 ketul Jagung potong 4 setiap satu
1/4 tin susu sejat
1/2 tin air
2 sudu besar mentega tawar
2 sudu besar susu pekat manis
1/4 sudu teh garam, saya guna mentega bergaram jadi saya kurangkan
3 keping Cheesedale 
1 sudu teh daun parsley kering

Caranya:
Rebus atau kukus jagung sehingga masak, kemudian toskan airnya. 
Cairkan mentega, kemudian tambah susu sejat, air dan garam. 
Masukkan jagung, gaul rata. 
Tutup periuk, masak dengan api sederhana hingga mendidih. 
Akhir sekali masukkan kepingan keju. 
Siramkan kuah pada keju sehingga keju cair. 
Taburkan dengan daun parsley kering. 
Dah siap bolehlah di hidangkan. 




Rasam Ayam dan Tauhu Lembut








Resepi by: Serbuk Rasam Baba's
Recooked by:@kim_kimberly1509, sedikit olahan bahan
Bahan-bahan:
Ayam secukupnya, guna yang bertulang
1 pek tauhu Lembut dipotong kecil
4 sudu besar minyak
2 sudu besar serbuk rasam Baba's 
1/2 sudu teh biji sawi
1/2 sudu teh jintan manis
1 sudu teh kacang uluthu 
1/2" halia diketuk dan cincang
2 ulas bawang putih diketuk
1 biji tomato cincang kasar
1/2 bawang Holland dipotong baji
3 batang akar ketumbar
3 tangkai cili kering
Daun kari
Air secukup
Pes asam jawa
Garam, perisa dan hing

Caranya:
Panaskan minyak. 
Tumiskan biji sawi, uluthu, jintan manis, daun kari dan cili kering selama 1 minit. 
Masukkan serbuk rasam dan tumis sehingga pecah minyak. Pastikan tidak hangus. 
Masukkan air sedikit demi sedikit, tumis sehingga rempah masak. 
Masukkan tomato dan akar ketumbar, kacau hingga tomato hancur. 
Masukkan ayam dan tambahkan secukup air dan pes asam jawa. 
Masak sehingga ayam empuk. 
Bila ayam dan empuk, masukkan bawang Holland, halia dan bawang putih. 
Masukkan garam, perisa dan hing, kacau rata dan masukkan tauhu. 
Biarkan sehingga mendidih, padamkan api. 







Ikan Kembung Masak Chuan





Resepi by:@kim_kimberly1509
Bahan-bahan:
2 ekor ikan kembung, lumur dengan garam dan serbuk kunyit
1 biji cili merah dihiris
2 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 sudu besar taucu
1 sudu besar pes asam jawa
1 biji tomato dipotong dadu/cincang
Garam
Perisa
Sedikit air
Daun bawang hiris halus
Daun ketumbar hiris

Caranya:
Goreng ikan sehingga garing dan masak, ketepikan. 
Keluarkan lebihan minyak menggoreng ikan dan guna dalam 2 sudu besar minyak, panaskan minyak semula. 
Masukkan bawang merah, bawang putih, cili, tomato dan taucu. 
Tumis sehingga naik bau. 
Masukkan pes asam jawa dan sedikit air. 
Masukkan garam, perisa dan gula, kacau sebati. 
Masak sehingga kuah mendidih, masukkan ikan, kacau sekali saja. 
Rasa dan padamkan api. 
Tabur hirisan daun bawang dan daun ketumbar. 
Hidang bersama nasi putih. 



Rice Kheer






Recipe by:whiskaffair.com Ms. Neha Mathur 
Recooked by:@kim_kimberly150
Ingredients:
3 tablespoons short grain white rice
1 litre full cream milk
15 ~ 20 raisins
15 ~ 20 strands saffron, optional
1/4 cup dried grated coconut 
1/4 cup granulated sugar
1/2 teaspoon cardamom
2 tablespoons silvered almond or cashew nuts

Method:
Wash the rice and soak it with 1/2 cup water for 30 minutes. 
Heat milk in heavy bottom pan over medium high heat. 
When it comes to a boil, reduce to low heat. Keep stirring while the milk is boiling to avoid scorching. 
Drain the rice and add it to a pan along with saffron, raisins and grated dried coconuts. 
Cook on low heat until rice is cooked and Kheer is thickened about 45 ~ 50 minutes. Keep stirring while cooking. 
Add granulated sugars and cardamon powder and cook for a minute. 
Garnis with silvered almond and cashew nuts and serve hot or chilled. 




Thursday, 16 September 2021

Ayam Rendang Tom Yum Cili Padi






Resepi by: Puan Mazliza Ahmad via @resepikaklimah
Recooked by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam potong kecil
15 ~ 20 biji cili padi nak lebih pedas boleh tambah, guna cili padi hijau
1 biji bawang besar **
3 ulas bawang putih **
2 hiris lengkuas **
1 biji tomato ** 

4 batang serai ketuk
5 ~ 6 helai daun limau purut
1 sudu besar kerisik
1 kotak santan kecil
2 paket pes Tom Yum Adabi, guna pes Thai
1 keping asam keping
Garam jika perlu, tak letak
Gula tak letak, guna kicap manis
Perisa

Caranya:
Kisarkan Bahan-bahan bertanda **. 
Didihkan ayam dengan bahan kisar dikuali, tak perlu dimasukkan air. 
Masukkan serai dan daun limau purut. 
Masukkan kerisik dan pes Tom Yum. 
Masukkan santan dan asam keping. 
Tutup dan masak sehingga kering. 
Sesekali dikacau supaya tidak hangus. 
Bila dah agak kering, masukkan kicap. 
Kacau sehingga sebati dan masakkan sebentar lagi dengan api kecil. 
Padamkan api dan hidang. 





Apam Nasi







Resepi by: Puan Zura Zul via portmakan.com
Recooked by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
1 cawan nasi
1 1/2 cawan air untuk kisar nasi
2 cawan tepung besar
1/2 cawan tepung gandum 
1/2 cawan gula, guna gula perang kasar
3 sudu teh yis Mauripan 
1 ~  2 sudu teh minyak
Secubit garam

Caranya:
Kisarkan 1 cawan air dengan nasi supaya mudah hancur dan halus. 
Lepas itu tambahkan 1/2 cawan air dan kisar lagi. 
Masukkan gula kasar dan kisar.
Satukan tepung beras, tepung gandum, garam dan yis kedalam besen besar. 
Masukkan bahan kisar, kacau dengan whisk atau pun boleh dikisar dengan blender. Gaul sehingga sebati. 
Dah sebati, perapkan sehingga adunan naik atau selama 30 minit hingga 3 jam. 
Sebelum dikukus kacau adunan sekali lagi, jangan dikacau lama. 
Bahagikan adunan kepada beberapa warna yang disukai. 
Panaskan pengukus bersama acuan kecil yang sudah disapu sedikit minyak. 
Balut penutup dengan kain supaya air tidak menitis pada permukaan adunan. 
Tuangkan 3/4 atau penuh. 
Kukus selama 15 ~ 20 minit dengan api sederhana. 
Kalau tak nak jenis pecah bahagian atasnya kukus selama 10 minit. 
Kalau nak makan berulang-ulang jangan digaul dengan kelapa. 
Simpan apam di bekas bertutup supaya tidak kering. 
Setiap kali nak menuang adunan pada acuan pastikan disapu minyak dan panaskan acuan. 

Bahan cicah:
Kelapa parut
Secubit garam
Kukus kelapa yang digaul dengan garam, sebentar saja atau sehingga kelapa panas bagi mengelak menjadi basi



Tuesday, 14 September 2021

Ayam Peri-Peri Jakarta






Resepi by: Encik Khairul Hakimin Muhammad
Recooked by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam dipotong dan kelarkan
1 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar serbuk paprika atau serbuk cili
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh perahan air lemon
Secubit oregano
Secubit lada hitam
1 sudu besar gula kelapa, melaka atau perang
1 sudu besar minyak sayur atau jagung
Secubit garam

Caranya:
Masukkan kesemua bahan kecuali ayam kedalam mangkuk besar. 
Kelarkan bahagian isi ayam. 
Lumurkan ayam dengan bahan didalam mangku, perapkan selama 30 minit atau semalaman. 
Sambil tu bolehlah panaskan ketuhar, saya masak atas dapur gas. 
Bakar ayam dengan suhu kecil 120°C ~ 130°C selama 1 jam. 
Balik-balikkan setiap 20 minit. 
Bila dah kemerahan sapukan ayam dengan lebihan sos perap tadi setiap 15 minit. 






Chicken Khada Masala






Recipe by:Ms. Neha Mathur via whiskaffair.com
Simple and delicious.... Thanks you
Recooked by:@kim_kimberly1509 
Ingredients:
600gm chicken
5 tablespoons oil
3 ~ 4 whole red chillies
3 bay leaves 
2" cinnamon 
4 ~ 5 black cardamon
10 ~ 12 blackpepper corns
6 ~ 8 cloves
1 flower Javitri (mace flower) 
2 cups onion sliced
2" ginger minced
10 ~ 15 garlic minced
6 tablespoons curd
Salt to taste
1/2 teaspoon red chilli powder 
1/2 teaspoon turmeric powder 

Method:
Heat oil in a pan. Add bay leaves and whole red chillies. 
Add crush cinnamon, black cardamon, cloves and javitri, fry for few second. 
Add onions then saute for 3 minutes. 
Add chicken, curd, turmeric powder, red chilli powder and salt. 
Then add 3 tablespoons of water. 
Simmer the heat. Cover till oil separate from the masala on low heat. 
It will take about 45 to 60 minutes, stir occasionally. 
Add little water till chicken is soft and cooked. 
Garnish with coriander leaves. 
Serve hot with Indian flatbread, chapati or plain rice.