Tuesday, 7 September 2021

Phad Phed Ayam

 





Resepi by: enyabdullah.com 
Recooked by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam dipotong kecil, gaul dengan garam dan serbuk kunyit
2 ~ 3 sudu besar pes Tom Yum, ikut kepedasan
1 sudu besar cili flakes
5 helai daun limau purut
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram, saya tak masukkan
1 cawan santan kotak
Putik jagung dipotong
Lobak merah dipotong
Kobis bunga/brokoli
Kacang panjang dipotong
Saya tambahkan tauhu dipotong, digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, kemudian digoreng
Garam jika perlu, saya tak masukkan sebab sos dah cukup rasa dan perisa

Bahan-bahan tumis, diblend atau hiris:
2 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih diketuk hancur
1" halia dihiris nipis
1" lengkuas dihiris nipis
1 batang serai dihiris kasar
 
Caranya:
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan hiris sehingga wangi. 
Masukkan ayam dan masak sehingga kecut. 
Masukkan pes Tom Yum, sos tiram dan sos cili. 
Masukkan daun limau purut. 
Kacau rata dan masak sampai ayam empuk. 
Masukkan santan dan biarkan mendidih sekejap baru dimasukkan sayuran. 
Bila sayu dah lembut bolehlah dipadam kan api. 








No comments:

Post a Comment