Thursday, 29 August 2019

Imitation Shark Fin Soup



Recipe sourced: Christine's Recipes
Ingredients:-
50g skinless chicken breast
20gm chicken black mushroom, soaked at least 4 hours until soften
30gm cellophane noodles/glass noodles
8 - 10 pieces of dried black fungus (cloud ear or wood ear)
1 egg, lightly beaten
2 cups unsalted chicken broth
2 cups water

Seasoning:-
1 tbsp dark soy sauce (maybe 1 tsp if making again)
a dash of sesame oil
white pepper, to taste
salt, to taste

Thickening:
2 tbsps water chestnut flour
4 tbsps water

Method:
Soak black mushrooms, dried black fungus and cellophane noodles separately until soften and drain well.
Remove the hard stems of black mushrooms, cut it small strips.
Trim the dried black fungus.  Section cellophane noodles, set aside.
Shred chicken breast into thin strips.
Bring chicken broth and water to the boil, add chicken, black mushroom, dried black fungus and cook for a while until all ingredients are cooked through and softened.
Add cellophane noodles and seasoning.  Add salt to taste.  When it boils again, stir in thickening and beaten egg, mix well.
Remove from heat.  Use a small bowl to serve.


Grilled Chicken Satay Wings























Recipe sourced: pupswithchopsticks.com
Ingredients:-
24 large chicken wings
3/4 cup lemongrass (approximately 3 stalks, white ends only)
4 cloves garlic
2 shallots
3 tbsps curry powder
2 tsps ground coriander
2 tsps ground cumin
1 tsp turmeric
2 limes (juiced)
3 - 4 tbsps condensed milk or 2 tbsps of sugar
2 cups coconut milk
4 tbsps fish sauce

Method:
Marinating the Chicken Satay Wings:-
Roughly chop the shallots, lemongrass, garlic and shallots into small pieces and blitz it in a food processor.
You can also finely chop these by hand if you don't have a food processor.
In a large bowl combine all the ingredients (except the wings) and mix into a marinade.
Add the wings into marinade and marinate it for a minimum of 4 hours.
This will taste best if you marinate it overnight.
Grilling the Chicken Satay Wings:
If you are using bamboo skewers, soak the ends in a tall cup for an hour, this is to prevent the sticks from burning during grilling.
No need to worry about the pointy part half since the chicken will be covering that bit.
Used a kamado smoker for these wings.  Set the temperature to 275F (135C).
Add the chicken wings on the grill and cook them for 20 - 25 minutes.
Open up the grill (and keep it open so the temperature goes up) and apply the marinade on both side of the wings and let it cook for 5 minutes each side.
To get the crispiness from the wings, brush on some oil and let the heat crisp up both sides.




Tuesday, 27 August 2019

Satar Ikan



























Sumber resipi: resipicitarasawan.blogspot.com
Bahan-bahan kisar:
400gm isi ikan kerisi / sardin / kembong
1 biji telur
2 biji buah keras
2sm halia
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 tangkai cili merah
150gm kelapa parut putih
1/2 sdt gula, guna gula perang
1 sdt serbuk lada sulah
Garam secukup rasa

Bahan-bahan hiris:
Segengam daun kesom
1 helai daun kunyit, dimayang halus
Sedikit hirisan cili merah

Daun pisang, dipotong empat segi 20cm, dilayurkan
Lidi satay untuk mencucuk

Caranya:-
Dalam food processor, kisar isi kan dan bahan kisar hingga halus.
Gaulkan dengan bahan hiris.
Daun pisang dibentuk kon, isikan 1-2 sudu besar campuran ikan.
Bungkus rapi dan cucuk dengan lidi satay.
Kukus selama 20 minit, angkat dan sejukkan.
Panggang di atas bara api, magic pan atau oven.
Hidangkan dengan acar bawang.


Ikan Goreng Halia & Bawang Putih






Bahan-bahan:
Ikan bawal hitam, digaul dengan garam, serbuk kunyit dan serbuk lada sulah
Bawang putih dicincang
Halia dicincang
Kicap cair
Jus limau nipis
Minyak menggoreng

Caranya:
Panaskan minyak dikuali, gorengkan ikan sehingga masak.  Angkat dan ketepikan.
Dengan minyak yang sama tumiskan bawang putih dan halia sehingga garing.
Masukkan kicap cair, sedikit garam dan jus limau nipis.
Bila sudah pecah minyak, kaupkan bawang putih bersama halia dan letak atas ikan.


Salad Mentimun


































Sumber: @instagram
Bahan-bahan:
Timun dipotong
Cili padi dicincang
1 ulas Bawang putih dicincang
Jus Limau nipis
Kulit Limau nipis

Bahan-bahan sos, ditumbuk dan gaul sebati:
Gula perang
Sedikit air
Sos ikan
Bawang merah dihiris
Daun Limau purut dihiris
Garam
Limau nipis perah jus dan kulitnya dipotong
Cili padi dicincang halus
1 ulas bawang putih dicincang halus
Akar ketumbar dicincang halus

Cara membuat sos:
Sediakan periuk kecil, masukkan sedikit air bersama gula perang, cairkan, angkat dan sejukkan.
Di dalam mangkuk besar, masukkan sos ikan, jus limau nipis, garam dan air gula.
Masukkan daun limau purut, cili padi, bawang merah, bawang putih, akar ketumbar dan kulit limau, gaul sebati.
Masukkan air gula dan kacau sehingga sebati.




Tahu Goreng Thai





Bahan-bahan:
Tahu dipotong, cucuk sedikit dengan lidi
Sedikit tepung jagung
Serai diketuk dan hiriskan
Cili padi diketuk
Daun limau purut disiat
Daun ketumbar
Bawang putih dihiris
Sos Ikan
Kicap cair
Garam jika perlu
Minyak menggoreng

Caranya:
Gaulkan tahu yang telah dipotong dan dicucuk sedikit dengan sos ikan, kicap cair dan sedikit tepung jagung, perapkan selama 30 minit.
Panaskan minyak dikuali, gorengkan tahu sehingga masak dan garing.  Angkat dan ketepikan.
Dengan minyak yang sama, keluarkan sedikit minyak, tumiskan serai, daun limau purut, cili padi dan bawang putih sehingga garing.
Masukkan tahu dan gaul sebati dengan perlahan.
Angkat dan hidangkan semasa masih panas.

Monday, 26 August 2019

Pengedil Tahu Pok





Sumber resipi:@kualihelena
Bahan-bahan:
20 biji tahu pok
2 biji kentang
200gm minced beef, guna minced chicken
Daun sup, hiris halus
2 sdm bawang goreng
Lada Hitam
Gula
Garam
Maggi secukup rasa
2 telur, untuk saduran

Bahan-bahan tumbuk:
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Caranya:
Rebus kentang sehingga lembut dan lenyekkan.
Panaskan minyak, tumis bahan-bahan tumbuk sehingga wangi.
Masukkan daging, lada hitam, gula, garam dan maggi secukup rasa.
Masak sehingga air daging kering.
Masukkan daging tumis ke dalam mangkuk kentang lenyek dan masukkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng, gaul sebati.
Gunting sedikit tahu pok dibahagian atas dan sumbat inti kentang sehingga padat.
Sadurkan tahu pok kedalam telur dan goreng dengan minyak yang panas sehingga garing.
Sajikan dengan cili kicap atau cili padi.


Sunday, 25 August 2019

Sup Bebola Ayam Salut Mee Kuning




Bahan-bahan dicincang:
Daging ayam
3 ulas bawang putih
Serbuk lada hitam
Sedikit kiub ayam
Bawang goreng sedikit
1 biji cili padi
Sedikit sos ikan

Mee kuning salutan pada bebola ayam

Air rebusan sup:
Akar ketumbar
Serbuk lada sulah
Serai diketuk
Bawang putih
Cili padi
Halia dihiris/ketuk
Air stok rebusan
Sedikit kiub ayam
Sos ikan
Limau nipis, ambil jus
Garam secukup rasa

Hirisan daun ketumbar
Bawang merah digoreng, taburan
Sedikit minyak

Caranya:
Daging yang telah dicincang disalutkan dengan mee kuning.
Masukkan sedikit minyak dikuali, gorengkan bebola separuh masak, angkat dan ketepikan.
Sediakan air rebusan stok, setelah mendidih, masukkan akar ketumbar, lada putih serai, cili padi, halia dan bawang putih. 
Masukkan sos ikan dan jus limau nipis.
Masukkan Bebola Ayam Dan Garam secukupnya.
Bila Bebola Ayam sudah timbul dipermukaan padamkan api.
Taburkan hirisan daun ketumbar dan bawang goreng.

Ayam Panggang Chipotle





Bahan-bahan:
Kepak ayam
Serbuk jintan putih
Sos Chipotle
Sedikit kicap pekat
Sedikit minyak olive
Sedikit madu

Caranya:
Perapkan ayam semalaman dengan kesemua bahan-bahan diatas.
Panggang sehingga masak, sapukan sos dibahagian atas kepak ayam.



Sunday, 18 August 2019

Asparagus Cah Belacan




Bahan-bahan:
Asparagus dipotong
Minyak menumis
Garam secukup
Air sedikit

Bahan-bahan sambal, tumbuk/blend:
Cili hidup
Cili padi
Bawang merah
Bawang putih
Belacan

Caranya:
Masukkan sedikit minyak dikuali.
Tumiskan bahan-bahan sambal sehingga masak.
Masukkan asparagus dan kacau sebentar.
Masukkan sedikit air dan garam secukup rasa.
Bila asparagus sudah lembut, angkat dan hidangkan.


Ayam Goreng Sos Ikan







Bahan-bahan:
Kepak ayam
Sos ikan
Serbuk lada putih
Minyak menggoreng secukupnya

Daun ketumbar, taburan

Bahan-bahan tumisan:
Daun limau purut disiat
Serai diketuk dan siatkan
Daun kari (nak habiskan stok, dari layu baik gunakan)
Bawang putih dihiris

Caranya:
Kepak ayam yang sudah dibersihkan, toskan kering.
Gaulkan dengan sos ikan dan serbuk lada putih.
Simpan di peti sejuk selama 2 jam atau semalaman.
Sediakan kuali yang di isi minyak panas.
Gorengkan kepak ayam separuh masak, ketepikan.
Dengan minyak yang sama masukkan daun limau purut, daun kari, serai dan bawang putih.
Masukkan ayam semula dan goreng sehingga masak.
Angkat, taburkan daun ketumbar dan hidangkan bersama salad mentimun bersama nasi putih.

Tuesday, 13 August 2019

Telur Dadar Krispy Ala Barnfinfin





Sumber: Instagram Barnfinfin, thank you delicious and fragrant
Bahan-bahan, Campur kesemua bahan, kacau sebati:
Telur
Hirisan kacang panjang
Hirisan daun limau purut
Sos ikan
Sos perisa
Pes kari merah
Tepung jagung

Minyak menggoreng secukupnya

Caranya:-
Masukkan secukup minyak dikuali.
Ambil 1 sudu makan adunan telur, masukkan ke dalam minyak panas.
Goreng sehingga kekuningan dikedua belah bahagian.
Angkat dan toskan minyak.
Hidangkan dengan sambal timun mentah.

Bahan-bahan sambal timun mentah:
3 sudu makan gula * direnihkan bersama air
3 sudu makan air
2 sudu makan cuka

Timun dihiris
Bawang merah dihiris
Cili padi dihiris

Caranya:
Masukkan air gula kedalam timun, bawang merah dan cili padi, gaul sebati.
Masukkan di pinggan hidangan.


Monday, 12 August 2019

Ayam Panggang Sos Blackpepper




Bahan-bahan:
Ayam chop, dibersihkan dan lumurkan dengan dijon mustard, sedikit minyak olive, sos tiram dan kicap manis, perapkan selama 1-2 jam.
Lobak merah
Brocoli
Fun Fries

Bahan-bahan sos blackpepper:
1 biji bawang holland dicincang
4 sudu besar tepung gandum
1/2 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
4 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar lada hitam ditumbuk kasar
Air secukupnya
Sedikit oregano kering
2 sudu besar mentega


Caranya:
Panggangkan ayam sehingga masak kedua belah bahagian.
Sos blackpepper:-
Masukkan mentega dikuali dan tumiskan bawang besar sehingga layu.
Masukkan oregano dan lada hitam yang ditumbuk dan tumis sebentar.
Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga sebati dan sedikit perang.
Masukkan air secukupnya dan kacau sebati.
Masukkan kiub ayam, sos lada hitam, sos tiram dan kicap manis.
Kacau sebentar sehingga sedikit pekat.
Kalau terlalu pekat boleh ditambahkan air lagi.

Sup Ayam Cincang Lobak Merah




Bahan-bahan ayam cincang, isi ayam dicincang dan balutkan dengan lobak merah, simpan dipeti sejuk sebelum digunakan:
Isi ayam dicincang
Lobak merah dihiris panjang
Serbuk lada hitam
Sedikit sos ikan

Tomato dibelah empat
Cili padi diketuk
2 ulas bawang putih
Akar ketumbar
Hirisan halia
Hirisan daun ketumbar
Kiub ayam
Air secukupnya
Garam secukupnya
1 ulas bawang putih dicincang

Caranya:
Sediakan periuk yang diisi air secukupnya.
Setelah mendidih, masukkan isi ayam cincang.  Bila isi ayam telah timbul angkat dan bubuh dipinggan.
Dengan menggunakan air rebusan ayam cincang tadi, masukkan akar ketumbar, cili padi, bawang putih, hirisan halia, dan kiub ayam.
Setelah mendidih masukkan tomato dan garam secukupnya.
Masukkan ayam cincang semula dan rasa dulu sebelum dipadamkan api.

Ayam Halia Sos Tiram




Bahan-bahan:
Ayam
Daun basil
Lobak merah dihiris
Halia dihiris
1 ulas bawang putih dicincang
2 biji cili padi hijau/merah
Sos tiram
Sos ikan
Air secukupnya
Minyak menumis

Caranya:
Masukkan sedikit minyak dikuali.
Tumiskan bawang putih dan halia.  Masukkan air secukupnya.
Masukkan ayam dan kacau sebati.
Masukkan sos tiram dan sos ikan.
Setelah ayam hampir masak, masukkan lobak merah.
Bila sudah kering sedikit air, padamkan api dan masukkan daun basil.
Hidangkan bersama nasi putih panas.