Tuesday 27 August 2019

Tahu Goreng Thai





Bahan-bahan:
Tahu dipotong, cucuk sedikit dengan lidi
Sedikit tepung jagung
Serai diketuk dan hiriskan
Cili padi diketuk
Daun limau purut disiat
Daun ketumbar
Bawang putih dihiris
Sos Ikan
Kicap cair
Garam jika perlu
Minyak menggoreng

Caranya:
Gaulkan tahu yang telah dipotong dan dicucuk sedikit dengan sos ikan, kicap cair dan sedikit tepung jagung, perapkan selama 30 minit.
Panaskan minyak dikuali, gorengkan tahu sehingga masak dan garing.  Angkat dan ketepikan.
Dengan minyak yang sama, keluarkan sedikit minyak, tumiskan serai, daun limau purut, cili padi dan bawang putih sehingga garing.
Masukkan tahu dan gaul sebati dengan perlahan.
Angkat dan hidangkan semasa masih panas.

No comments:

Post a Comment