Sumber resipi: dapurkakyah.blogspot.com
Bahan-bahan:
2 ekor ika sederhana besar (dibersihkan dan dilumur sedikit garam, serbuk kunyit dan sedikit air asam, digoreng sehingga masak). (Resipi asal guna cuka, perap seketika dan goreng separuh masak)
2 sudu besar air asam jawa
3 helai daun limau purut
Bawang besar dihiris, jika suka, tak letak
Air secukupnya
Gula
Garam
Minyak menumis
Bahan-bahan Phat Phet, dikisar/ditumbuk:
5 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1/2" halia
1" lengkuas
2 batang serai
1/2 sudu teh lada hitam
Sedikit belacan
1" kunyit hidup
5 biji cili padi
Caranya:-
Tumiskan bahan kisar sehingga naik wangi, masukkan daun limau purut dan sedikit air.
Masukkan air asam jawa.
Masukkan garam dan gula.
Masukkan bawang besar.
Bila bawang sudah layu bolehlah diangkat dan dihidangkan.
No comments:
Post a Comment